Pelakon dan usahawan, Nur Fazura memuji keprihatinan aktor, Kamal Adli yang tak lupa belikan baju raya buat bekas isteri, Uqasha Senrose dan anaknya, Hawra Uqaira.
Tak lupa belikan baju raya
Menerusi satu potongan video yang dikongsikan di platform Threads, Fazura berasa kagum dengan tindakan Kamal apabila diberitahu sudah membelikan baju raya buat dua wanita penting dalam kehidupannya.
Difahamkan, beberapa helai baju dari jenama pakaian raya terkenal yang berkolaborasi dengan Fazura telah dibelikan Kamal kepada bekas isteri serta anak perempuan mereka.

Tak lupa belikan baju raya buat Uqasha dan Hawra
Fazura yang berasa kagum dengan sikap kamal menyatakan bahawa aktor terbabit sangat gentleman dan menghormati apa yang dilakukan olehnya.
“Kamal Adli belikan baju untuk Uqasha dan anaknya. Surprise, gentleman!
“Kamal, Kak Faz respect!” ujarnya berulang kali.
Respect tindakan Kamal
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut memuji apa yang dilakukan kamal kerana tahu tentang tanggungjawab seorang lelaki walaupun telah berpisah dengan bekas isteri.

Jadi lebih baik

The real ‘anak jantan’!

Artikel lain: Kamal Adli reda belum ada hak bermalam, tetap syukur Uqasha Senrose beri izin jumpa anak
Sekadar info, Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 12 Januari 2026, jam 12.56 tengah hari.
Hasil perkongsian hidup selama empat tahun mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia satu tahun lebih.
Sumber: Threads zulianadindaadriana






