Semua agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) diminta tidak menganjurkan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri.
Arahan itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika Sidang Media Khas Perdana Menteri yang berlangsung di Putrajaya pada hari ini.
Langkah pastikan perbelanjaan secara berhemah
Menurut beliau, langkah berkenaan bertujuan memastikan perbelanjaan kerajaan dilaksanakan secara lebih berhemah dan sederhana dalam situasi semasa.
“Justeru, ini berikan satu mesej supaya perbelanjaan lebih cermat dan sederhana.
Saya ingat langkah waras ini bagi kita supaya jangan kita nanti terjebak dengan keadaan lebih parah,” ujarnya.

Artikel lain: RON95 kekal RM1.99 seliter walaupun harga minyak dunia meningkat – PM Anwar
Dalam masa sama, Anwar berkata menteri serta seluruh anggota pentadbiran dan jabatan kerajaan turut dihadkan daripada melakukan lawatan atau kunjungan ke luar negara, kecuali yang telah dijadualkan dan wajib dihadiri.





