4 pemimpin Melayu DAP gesa tindakan tegas isu pijak al-Quran di Sabah -“Amat biadab!”

4 pemimpin Melayu DAP gesa tindakan tegas isu pijak al-Quran di Sabah -“Amat biadab!”

4 pemimpin Melayu DAP gesa tindakan tegas isu pijak al-Quran di Sabah -“Amat biadab!”


Insiden penghinaan terhadap kitab suci umat Islam sekali lagi mencetuskan kemarahan apabila tular dakwaan perbuatan memijak serta mencoret al-Quran yang dipercayai berlaku di Sabah.

Menerusi kenyataan dibuat Democratic Action Party (DAP), empat pemimpin Melayu mereka tampil mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan berkenaan dan menegaskan bahawa tindakan tegas mesti diambil terhadap pelaku.

Empat pemimpin tersebut ialah Naib Pengerusi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan; Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman; Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali; serta Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid.

Menurut mereka, insiden tersebut bukan sekadar satu perbuatan biadab terhadap kitab suci umat Islam, malah boleh menjadi ancaman serius terhadap keharmonian kaum dan agama di Malaysia.

Ada pihak makin berani

Syahredzan dalam kenyataannya di Balakong pada 11 Mac 2026 berkata, kejadian seperti ini menunjukkan terdapat pihak yang semakin berani mencabar sensitiviti masyarakat.

Menurutnya, insiden itu membuktikan wujud pihak yang “semakin berani mengganggu gugat keharmonian negara dan mencabar apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan”.

Beliau turut menegaskan bahawa “sebarang hinaan serta provokasi agama tidak boleh diterima oleh masyarakat Malaysia yang majmuk dan cintakan keamanan”.

Dalam masa sama, beliau menggesa agar “the full force of the law” digerakkan segera bagi memastikan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang terlibat.

Beliau turut menyeru pihak polis serta Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM) untuk bertindak pantas dalam menangani isu provokasi kaum dan penghinaan agama sebelum ia merebak menjadi konflik yang lebih besar.

Amat biadab dan provokatif!

Dlam pada masa yang sama, Young Syefura pula menyifatkan tindakan memijak serta mencoret Al-Quran dengan lukisan tidak senonoh sebagai perbuatan yang melampaui batas.

Menurut beliau, tindakan tersebut adalah “amat biadab, tidak bertanggungjawab, dan provokatif”.

Beliau turut menegaskan bahawa pelaku mesti segera dihadapkan ke muka pengadilan sebagai mesej jelas bahawa penghinaan terhadap mana-mana agama tidak boleh diterima di negara ini.

Bimbang insiden berulang

Sementara itu, Sheikh Umar Bagharib Ali pula menegaskan bahawa kejadian seperti ini tidak boleh dianggap sebagai kes terpencil.

Menurutnya, selepas beberapa insiden sebelum ini, kejadian terbaru itu menunjukkan ada pihak yang semakin berani mencabar sensitiviti agama dan keamanan rakyat berbilang kaum.

Beliau turut menggesa platform media sosial supaya bekerjasama dengan SKMM untuk menurunkan kandungan yang berunsur penghinaan agama dengan segera.

Tiada kompromi dalam isu agama

Syerleena Abdul Rashid pula mengingatkan bahawa tidak sepatutnya ada kompromi dalam isu penghinaan agama.

Menurutnya, perkara itu tidak kira sama ada melibatkan Al-Quran atau simbol agama lain.

Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai perlakuan “sangat jijik dan berniat jahat” yang perlu ditangani segera agar tidak mencetuskan ketegangan atau pergaduhan dalam masyarakat.

Empat pemimpin berkenaan turut menegaskan bahawa penghinaan terhadap agama, walau terhadap agama apa sekali pun, mesti ditolak bersama demi mempertahankan keamanan serta keharmonian negara.





Source link

OR

Scroll to Top