Sentuhan Clorox bawa keceriaan, keberkatan Ramadan kepada anak-anak Asnaf

Sentuhan Clorox bawa keceriaan, keberkatan Ramadan kepada anak-anak Asnaf


KUALA LUMPUR:  Dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Rumah Amal Asnaf Al-Barakh diterangi senyuman apabila Clorox Malaysia bersama OHBULAN! menganjurkan program istimewa di bawah inisiatif OhKasih membawa tema ‘Kebersihan Membawa Keberkatan’.

Lebih daripada sekadar membersihkan ruang kediaman, program ini menjadi simbol keprihatinan sukarelawan yang meluangkan masa dan tenaga untuk memastikan anak-anak dapat menikmati suasana yang bersih, selesa dan ceria sepanjang Ramadan dan Syawal.

Seawal jam 10 pagi, sukarelawan bersama selebriti tempatan berganding bahu memastikan setiap sudut rumah amal bersih dan selamat.

Bilik tidur, ruang makan, dapur dan kawasan sekeliling dibersihkan secara menyeluruh agar persekitaran bebas kuman, selesa, dan kondusif untuk belajar, berehat dan beribadah.

Dalam usaha memudahkan kerja pembersihan, sukarelawan menggunakan produk Clorox seperti Clorox Free & Clear Multi-Surface Cleaner Spray, Clorox Disinfecting Floor Cleaner, Clorox Disinfecting Wipes, Clorox Toilet Bowl Cleaner dan Clorox Cleaning & Disinfecting Bleach untuk membersihkan setiap ruang.

Setiap bilik, dapur dan ruang permainan kini lebih bersih, segar dan selesa untuk anak-anak.

Persekitaran yang bersih ini bukan sahaja memberi ketenangan, malah menceriakan suasana harian mereka, membawa senyuman dan kegembiraan sepanjang hari.

Selebriti ganding bahu bawa kebersihan, keceriaan

Atita Haris dan Nas-T menyertai sukarelawan membersihkan kawasan Rumah Amal Asnaf Al-Barakh dengan menggunakan produk Clorox. – FOTO Clorox

Program ini turut dimeriahkan oleh pelakon Nas Muammar Zar Nasruddin atau lebih dikenali sebagai Nas-T, bersama isterinya Atita Haris.

Pasangan ini tidak kekok berganding bahu bersama sukarelawan lain, membersihkan ruang-ruang utama rumah amal dan memastikan suasana lebih ceria.

“Alhamdulillah, walaupun penat, ada satu kepuasan melihat persekitaran rumah ini kembali bersih dan selesa untuk anak-anak,” kata Nas-T sambil tersenyum.

Atita pula menekankan, persekitaran yang bersih dan teratur bukan sahaja sedap dipandang, tetapi juga memberi impak positif terhadap emosi dan kesejahteraan anak-anak.

“Anak-anak rasa lebih gembira apabila tempat tinggal mereka selesa dan kemas. Ia memberi mereka semangat untuk belajar, bermain, dan menjalani rutin harian dengan lebih ceria,” tambah Atita.

Kebersihan membawa berkat

Pengasas Rumah Amal Asnaf Al-Barakh, Yusof Noordin, menekankan bahawa kebersihan bukan sahaja berkaitan fizikal, tetapi turut mempengaruhi emosi dan kesejahteraan anak-anak.

“Kalau kita menjaga kebersihan diri, makanan dan juga persekitaran, ia memberikan rasa selesa serta ketenangan dalam kehidupan seharian

“Begitu juga dengan rumah ini  apabila tempat tinggal bersih dan teratur, anak-anak akan lebih tenang untuk belajar, berehat dan beribadah. Di situlah datangnya keberkatan,” kata beliau.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat terutama sekali pihak Clorox kerana sudi bekerjasama mencantikkan surau rumah amal, menjadikan ruang ibadah lebih indah dan kondusif.

“Anak-anak sendiri tidak pernah terbayang tempat solat mereka akan kelihatan sebegini. Ia menjadi ruang untuk beribadah, berkumpul dan berkongsi kegembiraan.

“Ini benar-benar membawa keberkatan kepada mereka,” tambahnya.

Aktiviti lebih daripada sekadar pembersihan

Selain gotong-royong, sukarelawan bersama anak-anak menghias ruang rumah amal sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Program juga diserikan dengan aktiviti santai dan majlis berbuka puasa bersama, sekali gus mengeratkan lagi hubungan antara sukarelawan dan penghuni rumah amal.

Melalui inisiatif ini, Clorox bukan sahaja memastikan persekitaran fizikal lebih bersih, tetapi turut menyumbang kepada kesejahteraan emosi anak-anak, memberi mereka senyuman dan semangat baharu menjelang Ramadan dan Syawal.

Sesungguhnya, usaha kecil seperti menjaga kebersihan mampu memberi makna besar bukan sekadar ruang yang kemas, tetapi hati yang tenang, anak-anak yang gembira, dan keberkatan yang berpanjangan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top