Gangguan bekalan air di beberapa lokasi di ibu kota

Gangguan bekalan air di beberapa lokasi di ibu kota



suzalina@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sebahagian kawasan Kuala Lumpur berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 6 pagi tadi dan dijangka pulih sepenuhnya pada 1 tengah hari esok.

Menurut Air Selangor, ia disebabkan pelaksanaan kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di hab Pasar Seni, di sini.

Menurutnya, kerja pembaikan dijangka siap pada 1 pagi esok dengan bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat apabila sistem agihan utama bekalan air distabilkan.

“Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada 1 tengah hari esok.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” katanya melalui kenyataan di platform X, hari ini.

Kawasan yang mengalami gangguan bekalan air adalah di Apartmen Putra Ria, Brickfields, Bukit Bandaraya, Bukit Bangsar, Bukit Damansara, Bukit Persekutuan, Bukit Tunku, Damansara Heights dan Damansara Down Centre.

Kawasan Idamansara, Jalan Sultan Hishamuddin, Kampung Attap, Kampung Padang Merbuk (Jalan Sultan Ismail), Kuala Lumpur City Centre, Kuala Lumpur Central dan Medan Damansara turut terjejas.

Kawasan lain ialah di Parlimen, Persiaran Sultan Salahudin, Semantan, Taman Bandaraya, Taman Bangsar Baru, Taman Damansara Endah, Taman Duta, Taman Lucky, Taman SA (Bangsar), Taman SA (Damansara), Taman Tasik Perdana, Taman Tunku dan Tijani.

“Air Selangor akan menggerakkan lori tangki dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air ini.

“Pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://airselangor.com,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top