Tangkap layar kenyataan WBPF di laman Instagram rasmi mereka.
PRESIDEN Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF), Karim Abdullah telah digantung oleh World Bodybuilding and Physique Sports Championships (WBPF) berkuat kuasa pada 7 Mac lalu.
Perkara tersebut disahkan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram rasmi WBPF baru-baru ini.
Menurut Setiausaha Agung WBPF, Chetan M Pathare, tindakan tegas itu diambil susulan kegagalan Karim untuk mematuhi perjanjian selaku tuan rumah bagi penganjuran Kejohanan Sukan Bina Badan dan Sukan Fizik Asia ke-58 serta Kongres Tahunan yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur dari 4 hingga 10 Ogos depan.
“Beliau (Karim) didapati gagal memenuhi tanggungjawab serta obligasinya.
“Perkara ini sekali gus telah mencetuskan bebanan dan kesukaran pada saat-saat akhir yang tidak sepatutnya ditanggung oleh pihak organisasi kami,” katanya dalam hantaran tersebut.
Pathare berkata, tindakan Karim itu telah mendatangkan kesulitan besar kepada pihak persatuan di peringkat antarabangsa.
Ringkasan AI
- Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia, Karim Abdullah, digantung oleh World Bodybuilding and Physique Sports Championships berkuat kuasa pada 7 Mac
- Penggantungan disahkan melalui kenyataan di Instagram WBPF
- Karim gagal mematuhi perjanjian sebagai tuan rumah Kejohanan Sukan Bina Badan dan Sukan Fizik Asia ke-58 dan Kongres Tahunan di Kuala Lumpur
- Gagal memenuhi tanggungjawab dan obligasi menyebabkan bebanan dan kesukaran pada organisasi
- Tindakannya mendatangkan kesulitan besar kepada persatuan di peringkat antarabangsa






