A Aida Akui Sedang Kenal Hati Budi Timbalan Speaker DUN Selangor

A Aida Akui Sedang Kenal Hati Budi Timbalan Speaker DUN Selangor


Penerbit terkenal Datuk A. Aida mengakui kini sedang mengenali hati budi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Mohd Kamri Kamaruddin.

Memetik Harian Metro, Aida berkata mereka masih baru berkawan dan selesa dengan Mohd Kamri yang berstatus duda.

BACA: A Aida Nekad Berhijab Selepas Tersedar Dari Ditidurkan

“Kami baru berkawan dan dalam proses kenali hati budi lagi. Kami selesa berkawan kerana sama-sama berstatus solo. Dia juga berstatus duda dan isterinya juga sudah meninggal dunia sejak dua tahun lalu.

“Sebab dia berstatus duda itulah kami boleh berkawan kerana saya tidak berminat untuk berkawan dengan suami orang,” katanya.

Sementara itu, Aida berkata dia menyerahkan soal jodoh kepada Allah serta meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik saja.

“Kalau ada jodoh, adalah. Saya juga mohon kepada semua untuk mendoakan yang baik-baik sahaja buat masa ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro






Source link

OR

Scroll to Top