Luka Kaki Kiri Makin Pulih, Sathiya Dibenarkan Pulang

Luka Kaki Kiri Makin Pulih, Sathiya Dibenarkan Pulang


Pelakon dan pelawak Sathiya dibenarkan pulang ke rumah semalam selepas seminggu menerima rawatan di Hospital Ampang sejak 8 Mac lalu.

Memetik Harian Metro, anak perempuannya Amani Nair Satya berkata doktor memaklumkan bapanya dalam keadaan sihat dan perlu melakukan pemeriksaan berkala.

BACA: Sathiya Dilaporkan Tidak Sedarkan Diri, Tahap Kesihatan Merosot 

Menurutnya lagi, luka kaki kiri bapanya juga semakin pulih dan tiada apa yang perlu dibimbangkan.

“Ayah sihat, tetapi rawatan seperti ‘dressing’ untuk kaki serta pemeriksaan berkala dengan doktor pakar perlu terus dilakukan mengikut temujanji di hospital.

“Jika semua okay dan lancar, ayah akan dibenar keluar dari hospital pada jam 4 petang atau 5 petang hari ini untuk balik ke rumah di Setapak.

“Doktor juga maklumkan luka pada kaki kiri ayah yang dipotong hingga di atas paras lutut itu semakin membaik dan tidak perlu risau. Begitu juga dengan ujian darah ayah pun dilaporkan okay,” katanya.

Sementara itu, Amani turut meluahkan rasa syukur dan doktor turut mengingatkan untuk menjaga pemakanan bapanya.

“Doktor juga ingatkan kepada saya, adik dan emak supaya menjaga pemakanan harian ayah. Buat masa sekarang, sangat lebih bagus untuk kesihatan ayah dengan hidangan di rumah yang dimasak sendiri.

“Tapi, ayah ini sampai sekarang masih tidak boleh tinggalkan minum teh o ais kesukaannya. Hari-hari dia akan minta minum teh o ais. Apapun, yang penting ayah semakin sihat dan pulih serta tidak ada pening-pening kepala lagi,” katanya.

Terdahulu, Sathiya dibawa ke Hospital Ampang dan menerima rawatan di zon kuning selepas mengadu pening kepala dan muntah-muntah.

Sumber: Harian Metro






Source link

OR

Scroll to Top