“Jatuh Pada Ulang Tahun Perkahwinan Kami Ke-10” – Syamim Khatam Al-Quran Malam 27 Ramadan

“Jatuh Pada Ulang Tahun Perkahwinan Kami Ke-10” – Syamim Khatam Al-Quran Malam 27 Ramadan


Pelakon Toh Puan Syamim Freida meluahkan rasa syukur apabila berjaya menamatkan bacaan al-Quran pada malam ke-27 Ramadan.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Syamim turut berkata detik istimewa itu jatuh pada ulang tahun perkahwinannya yang ke-10.

BACA: Impian Jadi Kenyataan, Syamim Farid Mahu Bergelar Puteri Raja Sejak Kecil

“Pada malam ke-27 Ramadan, saya berjaya khatam al-Quran dan ia jatuh pada ulang tahun perkahwinan kami yang ke-10,” katanya.

Sementara itu, Syamim turut mendoakan agar ikatan perkahwinan yang dibina itu terus dipelihara dan diberkati.

“Semoga Allah terus membimbing kami, melindungi cinta kami dan mengisi kehidupan kami dengan keberkatan,” tulisnya

Untuk rekod, Syamim mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Selangor, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari Al-Hajj pada 19 Mac 2016.






Source link

OR

Scroll to Top