Bermula Dengan Kemeriahan Ramadan, Pengakhiran Iklan PETRONAS Ini Buat Ramai Tersentuh

Bermula Dengan Kemeriahan Ramadan, Pengakhiran Iklan PETRONAS Ini Buat Ramai Tersentuh

Bermula Dengan Kemeriahan Ramadan, Pengakhiran Iklan PETRONAS Ini Buat Ramai Tersentuh


Setiap kali Ramadan dan Syawal menjelang, rakyat Malaysia pasti menantikan filem perayaan daripada PETRONAS yang sering menyentuh hati.

Tahun ini, PETRONAS tampil dengan filem Aidilfitri 2026 bertajuk “Seindah Ramadan”, sebuah kisah ringkas tetapi penuh makna tentang kegembiraan Ramadan dan mesej penting yang dibawa apabila Syawal tiba..

Ramadan yang sentiasa dinanti

Kisah ini bermula dengan suasana yang sangat relatable buat rakyat Malaysia.

Apabila pengumuman Ramadan berkumandang di televisyen, dua kanak-kanak iaitu Alia dan Hana terus bersorak kegembiraan. Dari situlah bermulanya pelbagai perancangan mereka sepanjang bulan penuh keberkatan itu.

Kalendar mereka dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti membuat kuih raya, membeli kasut baharu, menyiapkan baju raya dan menghadiri majlis berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Setiap hari terasa meriah, penuh warna dan dipenuhi dengan momen yang menggembirakan.

Bila Syawal tiba, segalanya mula berubah

Namun apabila Syawal menjelma, suasana yang sebelumnya meriah perlahan-lahan berubah.

Di sinilah korang boleh mula melihat sisi lain yang lebih mendalam daripada kisah ini.

Filem ini memberi kesedaran bahawa kebaikan yang kita lakukan sepanjang Ramadan tidak sepatutnya berhenti apabila bulan itu berakhir.

Nilai Ramadan yang patut dibawa sampai bila-bila

Filem Seindah Ramadan membawa mesej bahawa amalan baik tidak harus terhad kepada masa atau keadaan tertentu.

Sebaliknya, nilai keprihatinan dan kebaikan itulah yang membantu kita terus melangkah maju bersama sebagai sebuah masyarakat.

Tonton filem penuh Seindah Ramadan

Kalau anda nak tahu bagaimana kisah Alia dan Hana ini terungkai dan mesej sebenar yang ingin disampaikan, jangan lupa tonton filem penuh PETRONAS Aidilfitri 2026: Seindah Ramadan.

Siapa tahu, kisah ini mungkin buat korang tersenyum, tersentuh, dan pada masa yang sama, mengingatkan bahawa kebaikan kecil yang kita lakukan hari ini mampu memberi makna yang besar kepada orang lain.



Source link

OR

Scroll to Top