Bukit Mertajam: Polis mengesahkan kematian bayi lelaki berusia empat bulan di pusat asuhan dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) pada 9 Mac lalu, adalah disebabkan lemas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata punca kematian diperoleh hasil dapatan proses bedah siasat yang dijalankan terhadap mayat bayi itu.
“Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes sebelum dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Selamat 26 Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kontinjen Pulau Pinang di Plaza Tol Juru arah Utara di sini hari ini.
Beliau berkata dua wanita pekerja pusat asuhan terbabit yang sebelum ini direman tujuh hari, disambung tujuh hari lagi hingga 22 Mac bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian itu, mangsa Hayl Haarith Mohd Syafaeez disahkan meninggal dunia pada 4.20 pagi, 9 Mac selepas dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HSJ dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Difahamkan doktor melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) selama kira-kira sejam sebelum mangsa meninggal dunia dan bayi itu dihantar ke pusat asuhan yang beroperasi 24 jam oleh ibunya, seorang jururawat yang bertugas syif malam.
Bayi maut di taska: ‘Kami tidak akan sesekali memaafkan individu bertanggungjawab’ – Keluarga
Bayi dalam jagaan taska di hospital maut, keluarga tuntut keadilanBayi dalam jagaan taska di hospital maut, keluarga tuntut keadilan
‘Saya ingatkan kematian biasa rupanya anak meninggal sangat tragis’ – Bapa Hayl Haarith
© New Straits Times Press (M) Bhd






