Bukan Sekadar Bersih, Tapi Penuh Keberkatan! Atita Haris & Nas-T Bersama-Sama Ceriakan Rumah Amal

Bukan Sekadar Bersih, Tapi Penuh Keberkatan! Atita Haris & Nas-T Bersama-Sama Ceriakan Rumah Amal


Bulan Ramadan merupakan waktu terbaik untuk berkongsi kebaikan dan menyebarkan kegembiraan. Baru-baru ini, OHBULAN! bersama Clorox Malaysia berkesempatan mengadakan aktiviti gotong-royong di Rumah Amal Asnaf Al-Barakh menerusi inisiatif OhKasih yang membawa tema Kebersihan Membawa Keberkatan.

Program ini bertujuan menceriakan kediaman anak-anak di rumah amal tersebut sambil membuat persiapan menyambut Syawal.

Sukarelawan yang hadir berganding bahu membersihkan pelbagai ruang di rumah amal supaya anak-anak dapat menikmati persekitaran yang lebih bersih, selesa dan ceria sepanjang Ramadan & Syawal.

Apabila rumah lebih teratur dan kemas, anak-anak juga dapat menjalani rutin harian mereka dengan lebih tenang, sama ada untuk belajar, berehat mahupun beribadah.

Atita Haris & Nas-T turun padang bersihkan rumah amal

Lebih istimewa, program ini turut disertai oleh selebriti Atita Haris dan Nas-T yang sama-sama turun padang menyertai aktiviti gotong-royong bersama para sukarelawan.

Pasangan ini tidak kekok membantu membersihkan ruang rumah amal sambil meluangkan masa berinteraksi dengan anak-anak.

Kehadiran mereka jelas menceriakan suasana apabila gelak tawa dan perbualan mesra dapat dilihat sepanjang program berlangsung.

Menurut Nas-T, walaupun aktiviti tersebut memenatkan, melihat senyuman anak-anak selepas ruang kediaman mereka dibersihkan memberikan satu kepuasan yang cukup bermakna.

Pelbagai produk Clorox digunakan sepanjang aktiviti pembersihan seperti Clorox Free & Clear Multi-Surface Cleaner Spray, Clorox Disinfecting Floor Cleaner, Clorox Disinfecting Wipes, Clorox Toilet Bowl Cleaner dan Clorox Cleaning & Disinfecting Bleach bagi memastikan setiap ruang bebas kuman dan lebih selesa untuk didiami. Sedikit demi sedikit, suasana rumah amal berubah menjadi lebih segar dan ceria.

Pelbagai produk Clorox digunakan sepanjang aktiviti pembersihan ini bagi memastikan setiap ruang bebas kuman dan lebih selesa untuk didiami. Sedikit demi sedikit, suasana rumah amal berubah menjadi lebih segar dan ceria.

Melihat perubahan ini pastinya memberi kepuasan kepada semua yang terlibat kerana usaha kecil tersebut mampu memberi kesan besar kepada kehidupan harian anak-anak di sini.

Aktiviti santai & berbuka puasa bersama

Selain aktiviti gotong-royong, program ini turut diisi dengan aktiviti santai yang memberi peluang kepada sukarelawan dan anak-anak untuk meluangkan masa bersama. Ada yang membantu menghias ruang rumah amal sebagai persiapan menyambut Aidilfitri, manakala yang lain mengambil peluang berbual dan berkongsi cerita.

Program ini kemudiannya diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama yang menambahkan lagi kemesraan antara semua yang terlibat.

Bagi pengasas Rumah Amal Asnaf Al-Barakh, Yusof Noordin, kebersihan bukan sekadar tentang memastikan ruang kelihatan kemas, tetapi juga memberi ketenangan kepada mereka yang tinggal di situ.

Apabila persekitaran lebih bersih dan teratur, anak-anak dapat belajar, berehat dan beribadah dengan lebih selesa.

Melalui inisiatif ini, Clorox dan OHBULAN bukan sahaja membantu menceriakan kediaman anak-anak asnaf, malah turut mencipta kenangan indah sepanjang Ramadan.

Usaha kecil seperti ini membuktikan bahawa kebersihan mampu membawa keceriaan, ketenangan dan keberkatan kepada semua.

 



Source link

OR

Scroll to Top