am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sedang mengesan seorang lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan berkaitan kes jenayah.
JSJN kenyataan berkata, suspek yang dikenali sebagai Ong Chun Seong, 37, sedang dikesan dan dipercayai boleh membantu dalam siasatan berkaitan kes jenayah.
“Polis Diraja Malaysia melalui (JSJN) memohon kerjasama dan keprihatinan orang ramai untuk membantu mengesan seorang individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan pihak polis.
“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu itu diminta untuk tampil menyalurkan maklumat kepada polis dengan segera,” katanya.
Katanya, maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Ariff Jali di talian 011-33855989, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, Sabah di talian 088-712 222, Gerakan IPD Penampang (088-723 961) atau mana-mana balai polis berhampiran.
“Semua maklumat yang disalurkan akan dirahsiakan sepenuhnya dan kerjasama orang ramai amat penting dalam membantu pihak berkuasa mengekalkan keselamatan serta ketenteraman awam,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd






