Pempengaruh media sosial, Cik B berkata suasana Hari Raya ini tidak lagi semeriah dahulu dan merasakan suasana rumah sunyi.
Memetik HibGlam, Cik B berkata dia lebih selesa berehat bersama keluarga dan mereka sekeluarga akan mengadakan rumah terbuka di hari raya kelima.
BACA: “Saya Terima Cik B Seadanya, Cik B Anak Mama Yang Hebat”
“Setiap kali raya, rumah saya memang kosong dan sunyi. Jadi saya ambil peluang untuk tidur dan berehat sahaja.
“Biasanya kami akan buat rumah terbuka pada hari kelima. Sepanjang raya, saya hanya bersama mama, adik dan pembantu rumah, tetapi ada juga saudara-mara datang berkunjung,” katanya.
Sementara itu, Cik B berkata hari raya kini tidak seindah duhulu dan perubahan suasana itu kerana ketiadaan ahli keluarga seperti dahulu.
“Dulu keluarga ramai, sekarang semakin kurang yang pulang beraya. Saya sendiri sukar gambarkan perasaan itu. Masa kecil, raya sangat seronok sebab hanya fikir mahu bermain. Sekarang, raya terasa biasa sahaja, tidak seindah dulu,” katanya.
Dalam pada itu, Cik B berkata dia hanya mengenakan baju kurung di hari raya pertama untuk bergambar dalam beberapa jam sahaja.
“Baju raya saya cuma sepasang sahaja. Pakai sekejap dalam dua jam untuk ambil gambar, kemudian tukar semula kepada hoodie.
“Biasanya saya bangun lewat, tidur semula dan hanya bersiap sekitar pukul 4 petang untuk sesi bergambar. “Saya hanya sarung baju kurung untuk gambar. Lepas itu tukar semula dan sambung main permainan video.
“Bagi saya, Ramadan lebih bermakna. Suasananya lebih tenang dan penuh keberkatan berbanding hari raya,” katanya.
Sumber: HibGlam






