“Isteri Pertama Tak Tahu Kami Masih Bersama” – Fyna Jebat Masih Isteri Sah Zainal Abidin

“Isteri Pertama Tak Tahu Kami Masih Bersama” – Fyna Jebat Masih Isteri Sah Zainal Abidin


Penyanyi Fyna Jebat mengesahkan bahawa dia masih isteri sah kepada bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Memetik mStar Online, Fyna berkata dakwaan mereka sudah bercerai tidak benar, sebaliknya perkahwinan mereka dirahsiakan daripada pengetahuan umum termasuk isteri pertama Zainal.

BACA: Anak Aku Nak Masuk 2 Tahun” – Fyna Jebat Dakwa Disimpan 4 Tahun

“Ya luahan disimpan itu saya tujukan kepada suami saya Zainal Abidin. Saya sebenarnya belum cerai lagi dan sehingga sekarang saya masih isteri yang sah.

“Isteri pertama tak tahu saya ini masih lagi isteri dia. Saya buat kenyataan tersebut adalah untuk kebaikan anak saya,” katanya.

Sementara itu, Fyna berkata dia sudah hilang sabar apatah lagi statusnya sebagai isteri masih disorok tambahan pula anak perempuan mereka, Puteri sudah mencecah dua tahun.

“Saya buat itu (hantaran) sebab memang tidak tahan dah. Lagi saya diam, lagi mental nanti. Jadi lebih baik saya lakukan itu.

“Takkan saya nak berdiam diri sampai anak dah dewasa? Saya tak mampu bertahan lagi sebab lambat laun orang akan tahu juga,” katanya.

Terdahulu, Fyna mendedahkan dirinya telah ‘disimpan’ selama empat tahun oleh seorang individu yang enggan didedahkan identitinya.

Fyna berkata pengalaman itu meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada dirinya malah anaknya yang kini hampir mencecah usia dua tahun.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top