Pelakon Didi Astillah meluahkan rasa syukur kakaknya, Bella Astillah sudah pun mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Memetik Gempak, Didi berkata sebagai adik sudah pasti dia tahu mengenai hubungan kakaknya dengan Saddiq dan lega tidak perlu lagi menyimpan rahsia.
BACA: Syed Saddiq Kagum Didi Astillah Kerja Dari Kecil Demi Keluarga
“Alhamdulillah memang happylah kan jawapan dia. Dan also lega sebab tak perlu simpan-simpan rahsia dah.
“Ah… ya. Sebab yelah, Didi dengan Kak Bella adik-beradik kan, so dia dah share lah. And bila tahu, Didi macam of course happy sangat. And then… Didi bangga dengan Kak Bella,”katanya.
Sementara itu, Didi turut bangga dengan kakaknya yang tetap kuat menghadapi dugaan hidup serta menitipkan pesan kepadanya untuk bersabar kerana Allah sentiasa ada bersama.
“Pertama sekali mestilah saya rasa bangga. Of course bangga sangat-sangat dengan Kak Bella dan terima kasih dekat Kak Long juga sebab dia tak pernah give up, tak pernah putus asa dari dulu dalam setiap apa yang dia hadapi.
“Dan saya percaya apa yang dia share dekat saya which is dia cakap… ‘selalu sabar, insya-Allah Allah selalu ada dengan kita’. And apa yang Didi nampak dia cakap tu sebab dia buat.
“And dia layak dapat kebahagiaan yang selayaknyalah yang macam dia dapat sekarang. Didi doakan sampai ke jinjang pelamin untuk Kak Long dan juga Abang Saddiq,” katanya.
Sumber: Astro Gempak






