Giliran Aeril Zafrel Kena ‘Sound’ Tareq Fit, Minta Jangan Jadi Lelaki Dayus – “Tolong Hadkan Tayang Aurat Rumah Kau”

Giliran Aeril Zafrel Kena ‘Sound’ Tareq Fit, Minta Jangan Jadi Lelaki Dayus – “Tolong Hadkan Tayang Aurat Rumah Kau”


Jurulatih kecergasan, Tareq Fit sekali lagi menyorot perhatian apabila menegur tindakan pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Tareq menasihatkan agar Aeril atau nama lengkapnya, Suhairil Sunari, 37, tidak menjadi lelaki dayus dan mengehadkan perkongsian di media sosial khususnya berkaitan aurat isteri dan anak-anak.

“Nasihat kepada Aeril Zafrel, brother jangan menjadi dayus. Tolong hadkan tayang aurat rumah kau.

“Rasullullah SAW melaknat lelaki dayus iaitu mereka yang membiarkan ahli keluarga (isteri dan anak perempuan) melakukan maksiat atau tidak menutup aurat tanpa rasa bersalah. Brother tak rasa cemburu ke?,” soalnya.

Bagaimanapun, enggan berdiam diri, Aeril tampil membalas kenyataan tersebut secara sarkastik. Malah, sempat menyeru nama pelakon, Kamal Adli berhubung isu berkenaan.

“Umpan sudah mengena ka?,” balasnya ringkas.



Source link

OR

Scroll to Top