“Insyaa-Allah Kami Akan Melangsungkan Perkahwinan Pada Tahun Ini” – Syed Saddiq

“Insyaa-Allah Kami Akan Melangsungkan Perkahwinan Pada Tahun Ini” – Syed Saddiq


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi perancangan majlis perkahwinannya diserahkan sepenuhnya kepada tunangnya yang juga  penyanyi, Bella Astillah.

Kata Saddiq, ia demi memastikan hari bahagia mereka kelak berjalan lancar dan seperti yang diidam-idamkan.

“Apa yang menggembirakan dia, saya turuti sahaja.

“Bab perancangan perkahwinan saya serahkan kepada Bella kerana dia lebih mahir,” katanya.

Dalam pada itu, Saddiq menegaskan, baginya apa yang lebih penting daripada proses perkahwinan adalah kehidupan selepas bergelar suami isteri kelak.

“Proses perkahwinan itu tidak penting kerana kita mahu lihat pengakhirannya. Insyaa-Allah, kami akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini,” jelasnya.

Mengulas mengenai hantaran berupa simpanan masa hadapan buat kedua-dua anak Bella, Saddiq berkata, apa yang diberikan sebagai hantaran kepada penyanyi itu mempunyai makna tersendiri.

“Saya tidak suka membazir.  Saya suka merancang untuk masa depan.

“Simpanan untuk Ayden dan Ara penting kerana pertunangan ini bukan hanya melibatkan Bella tetapi juga kedua-dua anaknya.

“Sebab itu saya tekankan soal pendidikan dengan penyediaan SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional), manakala ASNB (Amanah Saham Nasional Berhad) dan Tabung Haji  adalah pelaburan untuk masa depan kami sekeluarga,” kongsinya.

Terdahulu, Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, selamat bergelar tunangan kepada Syed Saddiq dalam sebuah majlis yang cukup intimate yang di adakan di Kuala Lumpur.

Sekadar info, Bella pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz pada 2016 dan mengambil keputusan utnuk bercerai pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu, Ayden Adrean, 9 dan Ara Adreanna, 6.

 

Sumber: Mstar



Source link

OR

Scroll to Top