Rumah tangga pasangan selebriti Yusuf Baharin dan Zizi Kirana bertemu titik noktah apabila sah bercerai talak satu hari ini selepas lima tahun berkahwin.
Memetik mStar Online, Yusuf melafazkan talak terhadap Zizi dihadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Mohd Saifullah Hamzah.
BACA: Raya Berasingan, Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Undang Tanda Tanya
Peguam mewakili Zizi berkata lafaz cerai dibuat oleh Yusuf terhadap anak guamnya dengan talak satu secara raj’ie.
“Kes hari ini berjalan dengan baik dan itu sajalah yang kita nak jelaskan pada hari ini,” kata peguam Zizi.
Sementara itu, Zizi enggan mengulas lanjut mengenai perceraiannya.
“Alhamdulillah semuanya yang baik-baik, InsyaAllah. Terima kasih semua. Minta maaf kerana kena tunggu lama,” katanya.
Terdahulu, menurut sumber pasangan yang mendirikan rumah tangga pada September 2021 itu dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung.
Sumber: mStar Online





