Demi keluarga, Mickelson lepaskan Masters

Demi keluarga, Mickelson lepaskan Masters

Demi keluarga, Mickelson lepaskan Masters


Los Angeles: Phil Mickelson dari LIV Golf tidak akan beraksi dalam kejohanan Masters minggu depan dan akan berehat untuk tempoh yang tidak ditetapkan ketika keluarganya berdepan isu kesihatan peribadi, menurut juara tiga kali itu.

Mickelson terlepas empat kejohanan pertama musim 2026 LIV akibat isu kesihatan keluarga yang sama dan baru kembali beraksi di saingan yang disokong Arab Saudi itu dua minggu lalu di Afrika Selatan, di mana dia menamatkan saingan di kedudukan terikat ke-48.

“Malangnya, saya tidak akan bermain di Masters minggu depan dan akan berehat untuk satu tempoh yang panjang ketika keluarga saya terus menangani isu kesihatan peribadi.

“Saya amat menghormati Augusta National Golf Club dan ia sememangnya minggu paling istimewa dalam setahun. Saya mendoakan yang terbaik buat semua dan akan menonton.” kata juara enam kali kejuaraan utama itu dalam satu kenyataan yang dimuat naik di X.

Ini menandakan kali pertama Mickelson tidak beraksi dalam kejohanan utama pertama tahun itu sejak 2022 apabila dia tidak mengambil bahagian ketika berehat atas keputusan sendiri selepas petikan daripada biografi tidak rasmi mendedahkan bahawa dia pernah menyifatkan pihak Arab Saudi sebagai ‘menakutkan’ namun sanggup mengetepikan rekod hak asasi manusia mereka.

Mickelson gagal melepasi cut pada Masters tahun lalu.

Masters dijadual berlangsung dari 9 hingga 12 April di Augusta National Golf Club.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top