‘Macam latihan budak-budak’ – Mbappe kagum sentuhan penyudah Messi

‘Macam latihan budak-budak’ – Mbappe kagum sentuhan penyudah Messi

‘Macam latihan budak-budak’ – Mbappe kagum sentuhan penyudah Messi


Mbappe (kiri) dan Messi pernah bergandingan bersama di PSG.

WALAUPUN sering dikaitkan sebagai peminat tegar Cristiano Ronaldo, bintang sensasi Real Madrid, Kylian Mbappe mengakui dia tetap terpukau dengan kehebatan luar biasa yang dimiliki Lionel Messi.

Menceritakan pengalamannya ketika beraksi bersama Messi di Paris Saint-Germain (PSG), kapten Perancis itu menyifatkan bakat yang ada pada pemenang Ballon d’Or lapan kali itu sebagai sesuatu yang sukar dipercayai.

“Messi melakukan segala-galanya dengan sangat baik,” kata Mbappe ketika ditanya mengenai aspek teknikal Messi berbanding Neymar.

Berkongsi satu kisah menarik semasa sesi latihan di PSG, Mbappe mendedahkan betapa bezanya tahap penyudah Messi berbanding pemain bertaraf dunia yang lain.

“Saya ada satu cerita. Ketika kami di Paris melakukan latihan penyudah, masa itu PSG berada di kemuncak bola sepak dunia. Kami akan melakukan 10 percubaan… saya dan Neymar mungkin akan jaringkan enam atau tujuh gol.

“Tetapi Messi, dia akan melakukan sembilan percubaan dan kesemuanya membolosi gawang dengan cara yang sama, seolah-olah ia hanyalah latihan untuk kanak-kanak.

“Saya melihatnya dan jujur, saya langsung tidak faham bagaimana dia melakukannya,” ujar Mbappe.

Tambah Mbappe, pengalaman berlatih dan bermain bersama Messi selama dua musim di Perancis memberikannya perspektif baharu mengenai maksud sebenar seorang pemain ‘fenomena’.

Untuk rekod, Messi dan Mbappe pernah membentuk gandingan berbisa di PSG selama dua musim selepas perpindahan mengejut bintang Argentina itu dari FC Barcelona pada 2021.



Source link

OR

Scroll to Top