Pelakon Fattah Amin meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik mengenai spekulasi isterinya, Amira Othman yang dikatakan hamil.
Memetik HibGlam, Fattah berkata apabila tiba masanya nanti mereka akan berkongsikan kepada umum dan tidak akan rahsiakan perkara yang baik.
BACA: Permohonan Fattah Ditolak Mahkamah, Fazura Tak Langgar Hak Lawatan Fatima
“Macam yang kami cakap sebelum ini, insya-Allah masa itu akan tiba jua. Sama ada cepat atau lambat, masa itu akan sampai jika kami sudah bersedia untuk berkongsi nanti.
“Jangan risau kita takkan sorok benda baik. Cuma sekarang belum sampai waktu lagi. Harap bersabar. Semoga peminat dan rakan-rakan media mendoakan yang baik-baik,” katanya.
Sementara itu, Fattah mengulas mengenai pujian peminat yang mengatakan wajahnya semakin berseri, selepas mendirikan rumah tangga, aktor itu meluahkan rasa syukur dan berterima kasih.
“Alhamdulillah kalau tengok dari segi fizikal nampak sihat, ‘glowing’. Kalau yang baik-baik itu keluar daripada mulut mereka, tak kisah di platform mana kami ucapkan terima kasih. Teruskan doa yang baik-baik, cakap yang baik-baik kepada kami,” katanya.
Sumber: HibGlam





