Pendakwah bebas, PU Riz menziarahi keluarga kepada Allahyarham Amirul Hafiz Omar, iaitu penunggang motosikal yang maut dirempuh pemandu mabuk pada Ahad lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram, PU Riz membawa basikal, susu serta barangan lain untuk keluarga dan anak-anak arwah yang masih kecil.
BACA: “Dia Ada Mak Ayah Lagi” – PU Riz Jelaskan Batas Tegur Ipar
“Kami bawa basikal, susu, dan beberapa perkara lain untuk disampaikan. Kita bantu mana yang boleh, nak bagi mereka gembira sedikit. Tiga basikal untuk anak-anak arwah,” katanya.
Sementara itu, PU Riz berkata pihaknya akan menghulurkan bantuan secara berterusan selama tiga bulan buat keluarga arwah.
“Keperluan selama tiga bulan, kita akan bantu. Kalau ada apa-apa yang perlu puan boleh beritahu dan kami akan selesaikan,” katanya.






