DJ Sonic Gembira Ramai Titip Doa & Kata Semangat Buat Fazura – “Disaat Itu Kita Tahu Siapa Kawan, Siapa Lawan”

DJ Sonic Gembira Ramai Titip Doa & Kata Semangat Buat Fazura – “Disaat Itu Kita Tahu Siapa Kawan, Siapa Lawan”


Sokongan yang diterima daripada orang ramai terhadap selebriti popular, Fazura nyata menyentuh hati ramai termasuklah sahabat baiknya, DJ Sonic yang turut berkongsi rasa syukur melihat keprihatinan tersebut.

Kata Sonic, dia berasa senang hati apabila melihat ramai yang tampil memberikan kata-kata semangat dan doa bukan sahaja kepada Fazura, malah anaknya, Nur  Fatima Aisya.

“Ramai bagi kata-kata semangat untuk Fazura dan Fatima. Senang hati kit baca penulisan begini,” katanya.

Tambahnya, sokongan daripada pelbagai pihak ketika aktres itu berdepan ujian adalah sesuatu yang sangat bermakna dan membuka mata tentang siapa yang benar-benar ikhlas berada di sisi Fazura.

Malah, Sonic percaya setiap ujian yang diberikan mempunyai hikmah tersendiri dan perlu dilalui dengan penuh kesabaran.

“Ramai muncul di saat ujian itu bertandang. Dan, disaat itu juga kita tahu siapa lawan, siapa kawan serta sahabat.

“Allah hadirkan ujian pasti ada hikmahnya, Allahuakbar!,” katanya.

Artikel Berkaitan: “Perintah Hak Lawatan Anak Dilanggar Sebanyak 6 Kali, Bakal Fail Semula Permohonan Prosiding Komital Terhadap Fazura” – Peguam Fattah Amin

Artikel Berkaitan:Isu Hak Lawatan Fatima, Mahkamah Tolak Permohonan Fattah Amin – “Tak Ada Sebab Kenakan Tindakan Pada Fazura”

Artikel Berkaitan:Kenyataan Berbaur Emosi Cetus Spekulasi, Pengurus Peribadi Fazura Tampil Respons – “Lidah Ular Memang Bercabang, Tapi Lidah Manusia”

Artikel Berkaitan:“Bukan Kah Seharusnya Sudah Selesai Semua Hal Kamu Terhadap Ku?” – Hantaran Fazura Cetus Spekulasi

 



Source link

OR

Scroll to Top