Bekas peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang juga pendakwah bebas, PU Rahmat tampil menjelaskan sebab kenapa wajah peserta misi kemanusiaan itu kali ini terpaksa dirahsiakan.
Kata PU Rahmat atau nama lengkapnya, Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, 33, wajah peserta terpaksa dirahsiakan kerana beberapa faktor.
“Kenapa ada yang dirahsiakan wajahnya dan ada yang tak dirahsiakan? Jawapannya, ada beberapa faktor mempengaruhi wajah dizahirkan atau tidak.
“Yang tidak dirahsiakan kerana mereka bekas peserta sebelum ini. Ardell, Heliza dan Hawani Helmi serta Haroqs.
“Biasanya yang wajahnya diblurkan itu pertama kali,” katanya.

Dalam hantaran sama, PU Rahmat juga memaklumkan, wajah peserta misi sebelum ini iaitu, Ahmad Faezal tidak dirahsiakan kerana dia antara individu yang mengambil risiko penuh selain tugasnya sebagai seorang wartawan.
“Kenapa wajah @ahmedfaezal tak blurkan muka? Kerana dari awal beliau mengambil risiko penuh dan tugasnya sebagai wartawan sememangnya perlu dizahirkan,” jelasnya.
Difahamkan, setakat ini sebanyak empat kumpulan Global Sumud Flotilla 2.0 melibatkan delegasi Malaysia telahpun berlepas untuk menjayakan misi kemanusiaan ini.
Terdahulu, kumpulan aktivis Global Sumud Flotilla 2.0 melancarkan misi kemanusiaan ke Semenanjung Gaza pada 12 April ini bermula dari pelabuhan Barcelona, Sepanyol.
Artikel Berkaitan:“Moga Kali Ni Awak Dapat Jejakkan Kaki Di Bumi Gaza, Saya & Anak-Anak Tunggu Awak Balik”- Nadzmi Adhwa






