Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz mengakui dia rindukan anak-anaknya, Ayden dan Ara setelah dua tahun tidak bersua muka.
Memetik BH Online Aliff bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu kenyataannya disalah erti dan baginya hal anak-anak adalah perkara sensitif.
BACA: Netizen Dakwa Wajah Bella Astillah Ditutup Pada Gambar Keluarga Aliff Aziz
“Sebagai bapa, sudah tentu saya merindu anak-anak. Tetapi, itu sahaja yang boleh saya katakan kerana mestilah orang akan pertikai kenapa tidak jumpa dan sebagainya.
“Saya sedang menguruskan dengan cara yang terbaik, insya-Allah. Jadi saya minta semua doakan yang baik-baik. Semoga apa sahaja yang berlaku ada kebaikan pada masa akan datang.
“Apa-apa yang berkenaan dengan anak-anak adalah satu perkara sensitif. Jadi, apa sahaja persoalan berkenaan dengan mereka, saya pilih untuk simpan sendiri.
“Bukan apa, kita tidak mahu perkara yang akan diusahakan dengan sebaik-baiknya menjadi tidak baik hanya kerana saya menjawab atas rasa nafsu,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff berkata dia tidak pernah lupa mendoakan buat mreka gembira melihat anak-anak membesar dalam persekitaran positif.
“Saya fikir mereka berada dalam persekitaran baik. Insya-Allah saya doakan semoga mereka membesar dengan baik. Sebagai bapa, saya tidak lupa doakan mereka. Melihat mereka gembira juga adalah kegembiraan untuk saya.
“Seronok melihat aktivit yang mereka buat. Ara pun sudah besar dan pandai menari. Usaha saya sebagai bapa akan saya perbaiki. Saya akan uruskan dengan sebaik mungkin… Insya-Allah,” katanya.
Sumber: BH Online





