“Solat Tahajud Jadikan Saya Lebih Tenang” 

“Solat Tahajud Jadikan Saya Lebih Tenang” 

“Solat Tahajud Jadikan Saya Lebih Tenang” 


Pelakon Nora Danish berkongsikan semenjak berhijrah dia sering  menghadiri kelas agama yang menekankan mengenai bangun menunaikan solat tahajud.

Menerusi satu podcast, Nora berkata dia mengamalkan solat sunat tahajud memohon agar diberikan ketenangan hati.

BACA: Nedim Nafi Belum Move On, Akan Pertahan Nora Danish Habis-Habisan

“Sejak mula berhijrah, saya sering menghadiri kelas agama yang menyarankan agar bangun menunaikan solat tahajud untuk mendapatkan ketenangan hati.

“Ada juga saya amalkan solat sunat tahajud dan istikharah serta berdoa agar dikurniakan ketenangan.

“Tetapi saya sendiri tidak pasti bilakah ketenangan itu akan hadir dalam diri saya,” katanya.

Sementara itu, Nora berkata dia kini mampu menghadapi dengan lebih tenang apabila berdepan dengan ujian hidup.

“Namun, apabila saya menghadapi ujian sekarang yang melibatkan beberapa masalah, saya dapat menghadapinya dengan tenang.

“Jadi, saya merasakan ketenangan itu mungkin hasil daripada amalan bangun solat sunat tahajud, yang menjadikan diri saya lebih tenang,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top