Tetap hormat! Zizi Kirana kekal hubungan baik dengan ibu bapa Yusuf Bahrin

Tetap hormat! Zizi Kirana kekal hubungan baik dengan ibu bapa Yusuf Bahrin


Penyanyi Zizi Kirana menarik perhatian ramai selepas memuat naik foto bersama ibu bapa mentuanya, keluarga bekas suaminya, Yusuf Bahrin, di media sosial.

Zizi Kirana kongsi foto dengan keluarga Yusuf

Menerusi foto yang dikongsi di media sosial, Zizi yang berpurdah dan berbaju serba hitam duduk di tengah bersebelahan ibu mentuanya sambil mendoakan agar segala perkara baik antara mereka kekal dan diberkati sepanjang masa.

Kekal menantu sampai bila-bila

Zizi, 41, juga menegaskan hubungannya dengan ibu bapa bekas suami akan kekal sebagai menantu selamanya.

“Abah dan mak tetap menjadi orang tua saya sampai bila-bila,” balasnya ketika menjawab komen pengikut di Threads.

Pasangan ini sebelum ini sah bercerai talak satu secara raji’e di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, selepas mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021, namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Rumah tangga mereka mula dilaporkan goyah apabila Zizi dan Yusuf dilihat menyambut Aidilfitri secara berasingan, namun hubungan hormat dengan keluarga tetap terpelihara.

Sumber: Threads zizi_kirana





Source link

OR

Scroll to Top