Penyanyi Zizi Kirana dilihat memuat naik gambar bersama ibu bapa mentuanya dan keluarga bekas suaminya, Yusuf Bahrin di media sosial.
Menerusi perkongsian di Threads, Zizi dilihat mengenakan pakaian serba hitam serta berpurdah duduk bersebelahan ibu mentuanya.
BACA: “Saya Tak Tahu Punca Zizi Kirana Failkan Perceraian”

Dalam hantaran berkenaan, Zizi turut mendoakan agar perkara yang baik antara mereka berkekalan.
Sementara itu, Zizi dilihat turut membalas komen mengatakan ibu bapa mentuanya tetap akan menjadi orang tuanya sampai bila-bila.

“Abah dan mak tetap menjadi orang tua saya sampai bila-bila,” balasnya.
Pada 2 April lalu, Zizi dan Yusuf Bahrin sah bercerai talak satu selepas hampir lima tahun mendirikan rumah tangga 19 September 2021.





