Nadal umum gantung raket

Nadal umum gantung raket


Rafael Nadal. Foto Agensi

RAFAEL Nadal, pemain tenis terhebat sepanjang zaman mengumumkan akan bersara daripada tenis profesional penghujung musim selepas Pusingan Akhir Piala Davis bulan depan.

Nadal memenangi 22 gelaran Grand Slam, meletakkannya di tempat kedua dalam senarai sepanjang zaman kategori lelaki di belakang bintang Serbia, Novak Djokovic dengan 24 kejuaraan.

Sebagai rekod, 14 daripada kejuaraan datang dari Roland Garros, kejohanan yang dikuasainya tidak seperti pemain lain dalam sejarah sukan itu.

Bintang tenis Sepanyol berusia 38 tahun itu juga memiliki catatan 112-4 di Terbuka Perancis dengan empat rekod kejuaraan di Paris selain semua empat gelaran utama beberapa kali dan menghabiskan 209 minggu di kedudukan nombor satu.

“Ia jelas satu keputusan yang sukar, yang telah mengambil sedikit masa untuk membuatnya.

“Tetapi, dalam hidup ini, semuanya ada permulaan dan penghujungnya.

“Saya fikir ia adalah masa yang sesuai untuk menamatkan kerjaya yang telah lama dan lebih berjaya daripada yang saya bayangkan,” kata Nadal dalam video disiarkan di pelbagai platform media sosial.

Sebagai rekod, pusingan kalah mati Piala Davis akan berlangsung pada 19 hingga 24 November depan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top