Jiwa Hampir ‘Kosong’, Azar Azmi Akui Cemburu Lihat Pasangan Lain Bahagia – “Saya Hanya Bertahan Demi Anak-Anak”

Jiwa Hampir ‘Kosong’, Azar Azmi Akui Cemburu Lihat Pasangan Lain Bahagia – “Saya Hanya Bertahan Demi Anak-Anak”

Jiwa Hampir ‘Kosong’, Azar Azmi Akui Cemburu Lihat Pasangan Lain Bahagia – “Saya Hanya Bertahan Demi Anak-Anak”


Pelakon, Azar Azmi tampil membuka kisah peribadi yang disifatkan sebagai detik paling gelap dalam hidupnya selepas melalui pengalaman ditahan dan disoal siasat pihak berkuasa.

Menerusi temu bual bersama program hiburan Melodi TV3, Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, 35, berkata dia sudah melalui segala prosedur sepanjang siasatan, namun masih berdepan kecaman segelintir pihak.

“Orang akan cakap ‘saya cakap saja ni’. Saya telah direman, disoal siasat dan saya telah mengikut segala prosedur, tak ada yang terkecuali.

“Saya dah di sini pun masih ada individu yang tidak berpuas hati, macam mana saya boleh keluar dan terlepas,” katanya.

Menurut pelakon drama Nur itu, tekanan berpanjangan membuatkan dirinya hilang rasa takut sehingga merasakan hidupnya seakan sudah ‘kosong’.

“Saya penat sebenarnya hidup yang saya rasa macam ‘that’s it lah, hidup saya tak ada dah’. Kalau saya buat benda saya rasa puas hati. Nak tangkap saya ambil, saya dah enjoy semuanya.

“Mungkin kesilapan saya terlalu percayakan orang,” ujarnya.

Mengimbau pengalaman ketika berada dalam tahanan, Azar mengakui ia menjadi memori paling ngeri yang sukar dilupakan.

“Gambar terpampang, tangan dah ada gelang. Itu adalah kejadian paling teruk yang saya pernah lalui dalam hidup saya.

“Saya tak pernah terbayang yang saya akan ke situ. Saya cukup menjaga nama keluarga saya,” katanya.

Tambahnya, situasi ketika berada dalam tahanan membuatkan dirinya berasa sangat terasing tanpa sesiapa untuk bergantung harap.

“Saya tiada sesiapa, tiada tempat nak mengadu. Saya cuma ada dinding, gerigi tiang… Saya hanya mampu berdoa lindungi darah daging saya di luar sebab saya tak boleh buat apa di dalam,” katanya.

Dalam pada itu, Azar turut meluahkan rasa cemburu melihat kebahagiaan rumah tangga pasangan lain, namun tetap bertahan demi anak-anak.

“Saya tak tahu sama ada perkahwinan saya dilindungi atau tidak, tapi kalau nak dibandingkan dengan pasangan lain, saya cemburu.

“Saya lebih kepada menjaga anak-anak dan sebab itu saya bertahan. Saya impikan keluarga yang tak gagal, tapi saya tak sangka jadi macam ini,” katanya.

Terdahulu, Azar bersama suaminya, Mohd Apri Hazreen pernah ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan urusan penjualan tanah kurnia serta penipuan darjah kebesaran yang mengakibatkan kerugian.

Sumber: Melodi TV3



Source link

OR

Scroll to Top