Pelakon Syatilla Melvin mengingatkan orang ramai menjaga solat dan memperbaiki hubungan dengan Allah selagi masih diberi peluang untuk bernafas.
Menerusi hantaran di Threads, Syatilla berkata tujuan utama manusia di dunia adalah menunaikan tanggungjawab sebagai hamba serta menunggu solat lima waktu.
BACA: Anak Umur 7 Tahun Jadi Imam, Syatilla Melvin Menangis Ketika Solat

“Pekerjaan sebenar manusia di dunia adalah menunggu solat 5 waktu,” tulisnya.
Sementara itu, Syatilla turut mengingatkan kepada orang ramai yang masih lagi diberikan kesempatan untuk kembali kepada Allah serta mendirikan solat.
Tambahnya lagi, tiada siapa tahu bila ajal akan menjemput dan bayangkan jika kita diambil ketika dalam keadaan lalu.
“Yang masih diberi kesempatan bernafas ketika ini, kembalilah pada Allah dengan mendirikan sembahyang. Antara benda yang aku paling-paling bersyukur sampai saat ni adalah Allah bagi aku umur panjang untuk aku improve connection aku dengan Dia.
“Bayangkan Dia ambil kita dalam keadaan lalai? Tak kasihan mak ayah, anak-anak kita… nauzubillah. Kita masih ada peluang!” tulisnya.






