Pelakon Datin Nelydia Senrose berkata dirinya rasa sebak apabila mendapat tahu dirinya berbadan dua beberapa bulan yang lalu.
Memetik Astro Gempak, Nelydia berkata kehamilanya itu adalah rezeki yang tidak disangka-sangka selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.
BACA: Nelydia Senrose Umum Hamil Anak Pertama
“Waktu dapat tahu saya rasa sebak sebab ia satu rezeki yang tak disangka-sangka. Alhamdulillah syukur sebab seperti yang ramai ketahui, sudah tujuh tahun saya nantikan momen ini.
“Saya sangat gembira, bersyukur dan dalam masa yang saya masih memerlukan doa-doa daripada semua orang. Doakanlah sampai saya berjaya sampai akhir, Insya-Allah,” katanya.
Sementara itu, Nelydia berkata dia mengalami alahan teruk pada tiga bulan pertama kehamilan namun seronok kerana dapat merasai pengalaman itu.
“Tiga bulan pertama memang saya alami alahan, agak teruk juga seperti tak ada selera makan.
“Pada awalnya agak terkejut sebab tak pernah tahu perasaan itu macam mana tetapi saya enjoy sebab memang saya berdoa untuk rasai (kehamilan),” katanya.
Dalam pada itu, Nelydia berkata turut menitipkan kata semangat buat mereka yang sedang menantikan zuriat agar tidak putus asa serta bersangka baik pada Allah.
“Kepada semua yang masih menanti (kehamilan) itu, saya percaya akan tiba waktunya. Jangan putus asa, jangan mengalah dan kena ada keyakinan. Sentiasa kena percaya yang sesuatu yang kita nak tu, mungkin Allah akan bagi kita pada waktu yang tepat.
“Jadi kita hanya sentiasa bersangka baik kepada Allah, sentiasa berfikiran positif, Insya-Allah bila tiba waktunya, semuanya akan berjalan dengan lancar. Terima kasih juga atas doa kalian,” katanya.
Sumber: Astro Gempak






