Faye Kusairi mohon diberi peluang berlakon, sedia bawa watak berkualiti

Faye Kusairi mohon diberi peluang berlakon, sedia bawa watak berkualiti

Faye Kusairi mohon diberi peluang berlakon, sedia bawa watak berkualiti


puterialia@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon Faye Kusairi meluahkan rasa terkilan sekali gus memohon syarikat produksi memberikannya peluang memegang watak lebih berkualiti sebelum dia mula menjauhkan diri daripada industri seni.

Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 39, berkongsi perkara itu menerusi hantarannya di Threads, semalam.

“Selagi saya tak merajuk, tolonglah hire (ambil) saya untuk watak dan naskhah yang baik,” tulisnya.

Menyentuh mengenai disiplin kerja, pelakon drama Akad Yang Terlindung ini menegaskan dia sentiasa menjaga profesionalisme sepanjang berada di set penggambaran, termasuk menepati masa dan melakukan persediaan rapi.

“Saya tak pernah lambat, sentiasa menepati masa. Saya juga sentiasa bersedia mengikut skrip dan keperluan watak yang diberikan dan saya pasti yang saya bukan seorang yang banyak kerenah,” tulisnya lagi.

Bagaimanapun, Faye tidak menafikan bahawa faktor populariti dan jumlah pengikut di media sosial mungkin menjadi kekangan buat dirinya untuk kekal relevan dalam industri seni arus perdana ketika ini.

“Satu-satunya kekurangan yang saya boleh fikirkan adalah saya tidak popular atau terkenal dengan pengikut yang sangat ramai. Saya tahu perkara itu membuatkan saya tidak relevan pada masa kini.

“Yang penting, saya tahu saya tak ‘kayu’,” tulisnya berseloroh.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top