Intan Najuwa Tertekan Urus Kafe, Tak Boleh Tidur Malam Fikir Aduan Pelanggan

Intan Najuwa Tertekan Urus Kafe, Tak Boleh Tidur Malam Fikir Aduan Pelanggan

Intan Najuwa Tertekan Urus Kafe, Tak Boleh Tidur Malam Fikir Aduan Pelanggan


Pelakon Datin Intan Najuwa berkata dirinya berdepan tekanan sejak menguruskan bisnes kafe yang diusahakannya.

Menerusi perkongsian di Threads, Intan berkata dirinya seorang yang mudah terkesan lebih-lebih lagi jika menerima aduan pelanggan meskipun hanya isu kecil.

BACAIntan Najuwa Tuntut Rizman Ruzaini Bayar Hutang RM1.3 Juta

Menurut Intan lagi, dia tidak boleh tidur malam memikirkan aduan pelanggan sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi.

“Sejak-sejak buka cafe ni saya banyak sangat stres. Saya sejenis cepat stres bila customer buat aduan.

“Pelanggan complain pasal muzik kuat sangat kat kafe pun saya tak boleh tidur malam fikir, sampai termasuk-masuk mimpi,” katanya.

Intan berkata suaminya meminta untuk menutup kafe serta duduk tenang dirumah serta berseloroh mengatakan apabila dia tertekan satu rumah akan turut sama tertekan.

“Suami sampai suruh tutup kafe dan duduk rumah tenang-tenang, jaga dia dengan Lunara. Sebab bila saya stres, satu rumah pun jadi stres,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top