Pelakon, Amyza Aznan meluahkan rasa sebak apabila melihat keadaan pusara anaknya, Allahyarham Andre Mikail dikerumuni dengan sekumpulan burung merpati.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Amyza mempersoalkan apakah amalan yang dilakukan anaknya itu yang turut disayangi oleh makluk ciptaan Allah SWT yang lain.
“Apakah rahsia amalam mu anak. Kamu disayangi dan didoakan oleh ribuan hamba Allah.
“Bukan saja oleh manusia, tapi istanamu dikunjungi oleh makhluk ciptaan Allah yang lain.
“Al-Fatihah, anak solehku,” katanya.
Sekadar info, Allahyarham Andre Mikhail, 20, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada 23 Februari lalu akibat kanser paru-paru tahap tiga sejak setahun lalu.
Dalam masa sama, Amyza turut memaklumkan anak keduanya, Andrian Adam juga disahkan menghidap kanser tulang sejak Februari lalu.






