Dr Che Hafiz Nafi Rumah Tangga Dengan Julia Farhana Bergolak

Dr Che Hafiz Nafi Rumah Tangga Dengan Julia Farhana Bergolak


Suami kepada pelakon Julia Farhana iaitu Dr Che Muhammad Hafiz menafikan dakwaan mengatakan rumah tangganya bersama isteri berantakan.

Memetik Oh Bulan, Dr Che Hafiz berkata dia bersama isteri dalam keadaan baik-baik saja namun mengakui setiap rumah tangga pasti ada pasang surut serta meminta mendoakan yang baik-baik.

BACA: Julia Farhana & Suami Saling Unfollow, Tiada Gambar Raya Bersama Cetus Tanda Tanya

“Saya pun tak pasti sebenarnya macam mana boleh timbul spekulasi. Saya dengan Julia baik-baik saja.

“Biasalah dalam rumah tangga mesti ada pasang surutnya. Rumah tangga mana saja tak ada ujian. Saya minta semua doakan yang baik-baik saja,” katanya.

Sementara itu, Che Hafiz turut menafikan dakwaan dia dan Julia beraya berasingan sebaliknya hanya tidak berkongsikan gambar sahaja.

“Kami ada saja beraya, cuma tak kongsi gambar. Saya tak nak komen lebih-lebih. Biasalah bila timbul spekulasi kita perlukan masa untuk bertenang.

“Walau apa saja kita buat ada baik dan buruknya. Kalau nak cakap saya gelak bila dengar spekulasi itu macam meremehkan pula. Kita ambil perkara tersebut dari sudut yang positif,” katanya.

Pada hari raya baru-baru ini, timbul tanda tanya apabila Che Hafiz memuat naik foto bersama ibu namun kelibat Julia tidak kelihatan.

Untuk rekod, Julia dan Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2022 dalam satu majlis tertutup.

Sumber: Oh Bulan






Source link

OR

Scroll to Top