Pelakon Syifa Melvin dilapor telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Disember tahun lalu.
Memetik mStar Online, peguam mewakili Syida memaklumkan prosidin rumah tangga pasangan itu kini sedang berjalan di mahkamah dan sebutan pertama telah pun berlangsung pada 2 April lalu.
BACA: Syida Melvin Akui Pemalas Masa Sekolah, Pernah Gagal Semua Subjek
Menurut peguam Nurul Jamaliah berkata sebelum ini perbicaraan kes pernah ditangguhkan sebagai usaha untuk berdamai namun Syida nekad untuk teruskan perceraian.
“Kalau ikutkan perbicaraan pernah ditangguhkan sekali kerana dengan niat ingin berdamai tapi Syida nekad untuk teruskan (perceraian) juga,” katanya.
Untuk rekod, Syida dan Syafiq mendirikan rumah tangga pada Januari 2019. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.
Sumber: mStar Online






