Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berkata perjalanannya untuk mencapai kejayaan hari ini bukan sesuatu yang mudah.
Memetik Sinar Plus, Aliff berkata dia mula membeli rumah pertamanya seawal usia 19 tahun dimana ketika itu dia takut memikirkan masa depan.
BACA:Aliff Syukri Taja Pekerja Tunai Umrah
“Dulu saya berniaga, saya tak sangka boleh bertahan lama. Saya ingat mungkin satu hari saya akan bankrap.
“Jadi alternatif adalah beli aset, anak pula ramai dan itu buat saya terfikir untuk beli rumah buat anak-anak setiap satu dengan lokasi berbeza,” katanya.
Menurut Aliff lagi, dari situ tercetusnya satu keputusan dia mahu mengumpul aset dalam bentuk rumah. Namun Aliff berkata meskipun ada yang beranggapan setiap anak-anak sudah tersedia rumah masing-masing namun tidak begitu.
Aliff berkata dia dan isterinya Datin Sri Shahida mempunyai prinsip tersendiri dalam membesarkan anak-anak.
“Memang setiap anak ada rumah, tapi saya tak pernah letakkan itu untuk mereka,” katanya.
Tambah Aliff lagi, dia mahu anak-anak membina kekayaan sendiri kerana sebagai ibu bapa dia dan isteri sudah menyediakan pendidikan, kemudahan asas dan peluang terbaik.
“Tetapi soal harta, saya mahu mereka belajar berdikari. Kami dah bagi pelajaran, pendidikan, apa yang patut. Bila besar, saya nak mereka pandai cari harta sendiri.
“Pun begitu kami tetap sediakan kemudahan buat mereka termasuklah kereta untuk ke kolej misalnya atau sediakan bayaran untuk belajar dan sebagainya.
“Cuma tidaklah ditetapkan mana-mana rumah untuk mana-mana anak,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff berkata dia kini memiliki sekitar 200 buah rumah dimana hartanahnya terletak di Melaka, Pulau Pinang, Pahang dan Johor termasuk Indonesia serta sebuah unit di London.
“Pada waktu itu, saya beli sekadar tempat untuk didiami. Siapa sangka akhirnya bertukar menajdi rumah sewa. Saya memilih rumah kos rendah terutama apartment, kondo atau teres. Kami jadikan ia sebagai rumah sewa di bawah Aliff Syukri Properties,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff berkata rumah-rumahnya yang dibeli itu merupakan jaminan buat dirinya serta isteri dan persediaan untuk hari tua.
Sumber: Aliff Syukri Taja Pekerja Tunai Umrah






