Nabila Razali minta netizen lebih beradab – “Kalau artis buat silap cepat sahaja dipersalahkan”

Nabila Razali minta netizen lebih beradab – “Kalau artis buat silap cepat sahaja dipersalahkan”


Penyanyi Nabila Razali meluahkan rasa kecewa apabila dihina secara bersemuka oleh salah seorang peminatnya yang mempersoalkan kualiti suaranya yang dikatakan seumpama ‘chipmunk’ sebelum meminta bergambar.

Minta netizen jaga adab

Screenshot

Memetik laporan HibGlam, mengulas kejadian itu, pemilik nama penuh Nur Nabila Mohd. Razali memilih untuk kekal tenang dan tidak melatah. Sebaliknya, beliau menjadikan pengalaman tersebut sebagai peringatan agar semua lebih berhati-hati dalam berkomunikasi

“Sejujurnya saya tidak mahu ulas panjang, tetapi apa yang saya katakan sebelum ini, itulah pendirian saya. Pesanan saya, tidak kisahlah kita minat seseorang atau tidak, bila hendak bercakap, fikir dahulu. Jangan melontarkan kata tanpa pertimbangan.
“Kalau artis buat silap, cepat sahaja dipersalahkan tetapi apabila orang biasa buat perkara sama, kita diminta bertolak ansur. Sedangkan adab itu sepatutnya dipraktikkan semua orang,” katanya, baru-baru ini.

Pelantun lagu Peluang Kedua itu mengakui perasaannya bercampur-baur ketika berdepan situasi tersebut, lebih-lebih lagi ‘gurauan’ itu disampaikan secara berhadapan.

Screenshot

“Situasi ini bukan kali pertama, cuma kali ini berlaku depan mata. Saya agak terkejut dan tidak tahu bagaimana mahu beri reaksi. Sebelum ini ramai hanya berani bercakap di belakang.
“Bila berdepan, saya sendiri jadi keliru sama ada mahu ketawa, marah atau diam sahaja. Namun, saya bukan jenis cepat melatah. Setiap orang ada pandangan, cuma pemilihan kata perlu lebih berhemah,” ujarnya.

Dalam masa sama, wanita berusia 34 tahun itu tetap menghargai sokongan peminat serta rakan industri. Beliau juga mengambil keputusan memadam hantaran asal bagi meredakan keadaan.

Screenshot

“Saya sempat membaca komen sokongan sebelum memadam hantaran tersebut. Terima kasih kepada semua yang memahami. Niat saya bukan untuk menyerang sesiapa, hanya mahu beri peringatan. Perkara begini bukan berlaku kepada saya sahaja, ramai lagi melalui situasi serupa termasuk dipersenda fizikal.
“Bila mesej sudah sampai, itu sudah memadai. Saya tidak mahu keadaan menjadi lebih buruk atau mengundang kebencian,” jelasnya.

Artikel lain: “Jangan cium…” – Rai majlis akikah anak di Kelantan, Nabila Razali mohon tetamu jaga adab

Sebelum mengakhiri bicara, ibu kepada seorang cahaya mata itu menegaskan bahawa sikap seseorang mencerminkan nilai diri.

“Tidak salah untuk menjadi baik. Kalau kita bersikap buruk, orang akan menjauh. Apa orang lakukan kepada kita, itu pilihan mereka. Cara kita bertindak balas pula menunjukkan siapa diri kita. Saya hanya terkejut, bukan mahu meraih simpati. Apa yang penting, kita semua belajar untuk lebih menjaga tutur kata,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Nabila Razali kini aktif memenuhi undangan nyanyian di samping berusaha meluangkan masa berkualiti bersama suami dan anak tercinta.

Sumber: Kosmo (Muhammad Haikal Ramli)





Source link

OR

Scroll to Top