Penyanyi Black Hanifah akur apabila singlenya berjudul Hijab Rindu gagal melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).
Meskipun sebelum ini Black menaruh keyakinan untuk mara ke final hasil sokongan padu peminat daripada pelbagai peringkat usia, namun dia tetap menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.
“Hijab rindu belum ada rezeki ke final. Tahniah kepada geng-geng yang berjaya mara ke AJL40,” katanya.

Terdahulu, persembahannya di pentas separuh akhir AJL40 baru-baru ini merupakan penampilan pertamanya di pentas berprestij itu selepas menjalani pembedahan peti suara.
Memang lagu ni kalau ikutkan orang-orang yang dekat dengan saya memang mengharapkan sangat lagu ni untuk ke final.
“Tapi saya cakap, saya cuba buat yang terbaik selepas lama saya berehat untuk menyanyi di depan TV secara live, di depan penonton yang datang dengan harapan. Dia jadi lain. Kalau kita pergi show lain, orang tu macam nak enjoy, tapi ni orang macam mengharapkan.
“Jadi satu pressure, tapi saya rasa saya dapat deliver dengan baik. Inshaa-Allah saya harapkan juri-juri pun memilih sayalah. Ambil jelah lagu ni, lama sangat tak perform kat AJL ni,” jelasnya.
Artikel Berkaitan:Black Hanifah ‘Rindu’ Vibes AJL, Yakin Hijab Rindu Mara Ke Final AJL40 – “Saya Doa Lagu Ni Ada Tempat”
Artikel Berkaitan:Nama Dipetik Bakal Menang Vokal Terbaik AJL40 Bersaing Bersama Aina & Marsha, Reynald Guntabid Terharu
Artikel Berkaitan:“Persaingan Sengit! Beza Markah Sangat Tipis” – Datuk Acis, Ketua Juri AJL40 Separuh Akhir
Artikel Berkaitan:Mengaku Penat… Aisha Retno Terima Teguran Netizen, Mahu Fokus Pulihkan Tenaga Menjelang AJL40
Artikel Berkaitan:Sebak Dapat Lolos AJL40, Wani Kayrie Dedah Pernah Hampir Berputus Asa
Artikel Berkaitan:Busana Unik Diperbuat Dari 150 Helai Tuala ‘Legend’, Aina Abdul Terkilan Persembahan Di AJL40 Separuh Akhir Alami Masalah Teknikal
Artikel Berkaitan:Aina, Aisha, Amir, Dayang, Marsha, Hazama Antara Yang Bakal Berentap! Ini Senarai Lengkap 10 Finalis Anugerah Juara Lagu 40






