Pelakon Fasha Sandha mengingatkan kepada para wanita untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan dalam hubungan rumah tangga.
Memetik Harian Metro, Fasha berkata mengenai isu curang sama ada lelaki atau wanita baginya adalah perkara biasa. Namun, wanita perlu lebih bersedia dengan mempunyai wang sendiri seandainya dicurangi suami.
BACA: “Fokus Isu Semasa & Minyak” – Tampil ‘Free Hair’ Dalam Drama Baru? Fasha Sandha Enggan Ulas
“Sebenarnya sama sahaja. Lelaki curang, perempuan pun curang. Itu normal. Kalau ini pendapat saya sebagai seorang wanita, senang sahaja kehidupan kita ini, selalu bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan terjadi.
“Sebab kalaulah kita dicurangi (pasangan), kita kena ada duit kita sendiri. Kita boleh hidup tanpa seorang lelaki, itu perempuan. Bahkan lelaki pun kalau kena curang dengan isteri, awak sudah ada duit sendiri.
“Awak ‘just’ tinggalkan sahaja dia. Maksud saya, kalau awak rasa dicurangi, tidak perlu pun awak nak ‘stay’ untuk sekadar hendak memujuk diri. Lebih baik, awak kena fikir fasal diri kita, apa yang boleh buat kita gembira?” katanya.
Sementara itu, Fasha berpendapat sebagai wanita penting untuk memiliki kewangan sendiri kerana jika berlaku apa-apa boleh teruskan kehidupan serta tidak bergantung kepada sesiapa.
“Jadi, apabila awak (wanita) ada duit sendiri dan kalau kata apa-apa berlaku dalam kehidupan sekalipun, awak boleh hidup. Apa-apa jadi pun, awak tidak bergantung kepada sesiapa pun dan awak boleh kuat.
“Awak boleh teruskan hidup, semacam itu. Pada saya, curang atau tidak curang ini adalah subjektif. Kadang-kadang orang curang pun bersebab, kadang-kadang orang curang tanpa sebab,” katanya.
Sumber: Harian Metro






