“Saya Masih Hormat Senior Saya Tu” – Liza Hanim Terkilan Kemenangan Anak Diperlekeh

“Saya Masih Hormat Senior Saya Tu” – Liza Hanim Terkilan Kemenangan Anak Diperlekeh


Penyanyi Liza Hanim meluahkan rasa kesal apabila kemenangan anaknya, Marsya Qistina dalam satu program realiti sebelum ini diperlekehkan.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Liza meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan didakwa seorang individu ketika siaran langsung di media sosial.

BACA:  Liza Hanim Bersuara Dikutuk Hidung Kembang, Kulit Wajah Berlubang

“Ada yang sedang buat live sedang cakap begini “yang juara pun ada yang tak ke mana, biar saya juara di hati anda je” 

“Tak apa, saya bersangka baik sahaja. Sebab ini lah saya tak gemar nak rapat. Luar ada senyum, dalam hati akan keluar jua di live kebenarannya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Liza turut meminta orang ramai agar tidak bertanyakan siapa individu yang dimaksudkan kerana masih menghormatinya sebagai senior.

“Mohon jangan tanya siapa orang itu. Saya masih ada hormat kepada senior saya tu,” tulisnya.

Terdahulu, Marsya pernah berdepan kritikan hampir sama apabila ada pihak mempertikaikan kemenangannya dalam program realiti disertinya, termasuk memperlekeh potensi serta hala tuju kerjayanya dalam bidang seni. 






Source link

OR

Scroll to Top