Panik di majlis makan malam, Perkhidmatan Rahsia iring keluar Trump, Vance

Panik di majlis makan malam, Perkhidmatan Rahsia iring keluar Trump, Vance


Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Naib Presiden JD Vance ‘selamat dan dilindungi’ selepas mereka dibawa keluar secara tergesa-gesa dar majlis makan malam Persatuan Wartawan Rumah Putih, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Trump dan isteri Melania dibawa keluar pada malam Sabtu dari majlis makan malam tahunan Koresponden Rumah Putih di Washington, DC, selepas insiden berkaitan keselamatan di acara itu.

Presiden dan pegawai pentadbiran peringkat tinggi yang duduk di sebelah beliau di meja utama diiringi keluar oleh ejen Perkhidmatan Rahsia sebagai sebahagian langkah keselamatan yang dipertingkatkan, manakala tetamu lain kekal di dalam dewan utama Washington Hilton.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top