“Semoga Ada Rezeki Untuk Anak Kedua…Amin”

“Semoga Ada Rezeki Untuk Anak Kedua…Amin”


Pelakon Nur Fazura meluahkan rasa rindu untuk hamil lagi apatah lagi anaknya, Nur Fatima Aisya kini sudah berusia enam tahun.

Menerusi perkongsian di Threads, Fazura membalas hantaran seorang pengguna serta berharap aga diberikan rezeki untuk menimang anak kedua.

BACA: “Fatima Bukan Objek, Dia Anak Saya” – Fazura Luah Rasa Terkilan

“Saya rindu nak mengandung. Semoga ada rezeki dari Allah lagi untuk anak kedua. Amin,” tulisnya.

Perkongsian Fazura itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mendoakan agar impian pelakon itu dimakbulkan serta dapat bertemu jodoh terbaik.






Source link

OR

Scroll to Top