Anak perempuan pelakon, Norish Karman iaitu Nur Hanyz Amanda, 22, menjadi sebutan ramai di media sosial.
Menerusi perkongsian di platform Threads miliknya, Amanda berkongsi foto memaparkan penampilannya sehingga menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan netizen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen seakan terkejut dengan gaya fesyennya yang seolah-olah tidak menunjukkan seseorang yang seperti dalam kesusahan atau kesempitan kewangan.

Susulan itu, netizen menitipkan pesanan kepada Amanda untuk berusaha keras mencari kerja dan tidak memilih, asalkan dapat membantu ibunya.


Terdahulu, Norish meraih tumpuan ramai apabila berdepan ujian masalah kesihatan sehingga anaknya, Manda meminta dana bagi menampung kos rawatan ibunya.
Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Hulur Gaji Puluhan Ribu Buat Norish Karman & Anak-Anak – “Mereka Bukan Meminta-Minta Tetapi Bekerja”
Artikel Berkaitan: Masih Lemah & Perlu Dipantau, Anak Terpaksa ‘Discharge’ Norish Karman – “Ini Saja Kemampuan Yang Ada.. “






