Siti Khadijah Halim Mahu Ambil Tindakan Saman Pemfitnah, Berang Foto Disunting Guna AI Bersama Daddy Ash

Siti Khadijah Halim Mahu Ambil Tindakan Saman Pemfitnah, Berang Foto Disunting Guna AI Bersama Daddy Ash

Siti Khadijah Halim Mahu Ambil Tindakan Saman Pemfitnah, Berang Foto Disunting Guna AI Bersama Daddy Ash


Pelakon, Siti Khadijah Halim meluahkan rasa berang dan terkilan apabila menjadi mangsa penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Siti Khadijah Abdul Halim, 29, memuat naik tangkapan skrin memaparkan fotonya yang disunting bersama individu sensasi, Daddy Ash.

Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja mengganggu reputasi, malah memberi tekanan apabila namanya dikaitkan dengan kandungan yang tidak benar.

“Bolah tak lain kali tolong jangan libatkan saya dalam benda-benda bodoh macam tu? Saya ni malas betul buang masa fikir benda-benda macam ni.

“Terang-terang bukan saya. Saya tak akan buat pun. Dalam otak ni nak kerja, kumpul duit untuk hari tua sahaja. Tak ada masa la nak fikir pasal edit itu ini, orang cakap belakang ke apa, terpulang. Janji awak bahagia,” katanya.

Tambahnya, dia kini mempertimbangkan untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu terlibat.

“Tapi sekarang, saya terpaksa fikir sebab awak salah buat percaturan. Ganggu saya. “Insya-Allah, saya cari awak dan saman awak. Amin,” katanya.

Dalam pada itu, aktres drama rantaian Wanita Syurga itu turut mendapatkan pandangan orang ramai mengenai langkah terbaik untuk memastikan pihak terlibat dikenakan tindakan sewajarnya.

“Saya nak ambil tindakan yang betul-betul berkesan. Ada sesiapa boleh bantu atau beri cadangan?” katanya sambil menyertakan tanda pagar #menyampah, #meluat dan #AIyangbodohnakmampus.



Source link

OR

Scroll to Top