Suu Kyi dipindah ke tahanan rumah

Suu Kyi dipindah ke tahanan rumah


SUU KYI DIBENAR PINDAH DARI PENJARA KE KEDIAMAN DITETAPKAN

Yangon: Bekas Penasihat Negara Myanmar Aung San Suu Kyi, dibenarkan berpindah dari penjara ke sebuah kediaman yang ditetapkan bagi menjalani baki hukumannya pada Khamis, lapor Agensi Berita Xinhua.

Menurut stesen penyiar milik kerajaan, Myanmar Radio and Television (MRTV), Presiden Myanmar U Min Aung Hlaing mengarahkan perubahan lokasi pemenjaraan Aung San Suu Kyi selaras dengan peruntukan undang-undang jenayah berkaitan.

Keputusan itu dibuat sempena sambutan Hari Buddha serta atas dasar kemanusiaan dan niat baik kerajaan, menurut laporan itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top