“Kenapa Dia Buat Saya Macam Ni?” – Dr Fie

“Kenapa Dia Buat Saya Macam Ni?” – Dr Fie


Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Mohd Tawfeq hadir berseorangan hari ini bagi prosiding pelanggaran perintah mahkamah pada hari ini.

Hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dengan memakai busana berona merah jambu lembut, Dr Afifah atau lebih mesra disapa Dr Fie berharap orang ramai mendoakan agar perbicaraan kesnya berjalan lancar.

Namun, mempersoalkan kenapa bekas suaminya itu sanggup memfailkan kes terhadapnya.

“Saya sendiri pun hadir ke mahkamah harini. Tapi saya minta maaf sebab saya betul-betul dah lambat.

“Doakan yang baik-baik untuk saya ya. Saya pun tak tahu kenapa Nubhan buat saya macam ni.

“Tapi Inshaa-Allah, kita ikut saja proses mahkamah yang betul semoga ada keadilan,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.

Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.



Source link

OR

Scroll to Top