Pelakon, Nadzmi Adhwa meluahkan rasa terkilan apabila isterinya, Ardell Aryana masih dikecam meskipun sudah pulang daripada misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0.
Menerusi perkongsian di Threads, Nadzmi berkata dia sangkakan apabila isterinya sudah pulang tiada lagi persoalan namun seolah ada segelintir yang tidak berpuas hati.
BACA: “Jangan Halang Nadzmi Benarkan Ardell Pergi Berjuang” – PU Rahmat

“Lah ingat bini aku dah balik dah okay, tak puas hati juga ke? Pergi salah, balik salah. Ikutlah, Ambillah dunia ni ya. Yela korang je lah betul. Baiklah saya salah, Alhamdulillah,” katanya.
Perkongsian Nadzmi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tampil memberikan sokongan serta meminta pasangan itu bersabar dan tidak mengendahkan kecaman.






